“Alhamdulillah, seronok, teruja, bersemangat” menurut Alya, Pelajar Tingkatan 3 SMK Taman Selayang yang menjadi diantara pelajar sekolah ini yang dapat menjejak kaki semula ke sekolah.
Suasana pagi ini amat baik dengan kehadiran murid ke sekolah seawal jam 6.45 pagi lagi disambut oleh guru yang bertugas.
Proses saringan suhu badan disaring oleh guru-guru bertugas bagi memastikan pelajar dalam keadaan sihat untuk sesi persekolahan.
Tepat jam 7.30 pagi, sesi pengajaran dan pembelajaran mula dijalankan dengan guru-guru matapelajaran dilihat masuk ke kelas-kelas dengan penuh dedikasi dan bersemangat setelah 3 bulan tidak bersua.
Kita doakan SEMENTAS akan dipermudahkan urusan sepanjang pembukaan sekolah dalam norma baharu ini.
Recent Comments